Kaedah
Tempahan & Cara Pembayaran
1. Hubungi nombor telefon yang tertera (0132959688
- Hazri)
2. Pekenalkan nama anda dan nyatakan tarikh untuk
anda Daftar Masuk dan Keluar berserta bank pilihan anda untuk pembayaran deposit - Maybank atau CIMB.
3. Sila masukkan deposit mengikut jumlah yang
diberitahu ke dalam akaun yang akan diberikan melalui SMS
(Deposit sebanyak RM 50 untuk 1 malam)
4. Sila SMS:
·
Nama
& No. IC
·
Tarikh
daftar masuk & daftar keluar
·
Bukti
pembayaran (Tarikh & masa deposit dibuat)
5. Pendeposit akan diWAJIBkan untuk mengisi borang
butiran Daftar Masuk ketika proses penyerahan kunci dilakukan untuk
melengkapkan proses tempahan.
PERHATIAN!!!
1. Tempahan hanya akan dikira hanya setelah pembayaran deposit
berserta bukti pembayaran telah dijelaskan.
2. Sebarang perubahan tarikh atau pembatalan
tempahan hendaklah dimaklumkan seminggu (7 hari) awal dari tarikh yang telah
ditempah. Walaubagaimanapun, bagi perubahan tarikh penginapan, ianya tertakluk
kepada kekosongan yang ada.
3. Deposit TIDAK akan dipulangkan sekiranya
tempahan DIBATALKAN kurang dari 7 hari sebelum tarikh yang sepatutnya.
4. Baki bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI ketika
kunci diberikan semasa proses Daftar Masuk ke d’ZaRa Homestay.
Masa Daftar Masuk & Keluar
Daftar
Masuk: 2.00 petang
Daftar
Keluar: 12.00 tghari.
Kadar Sewa
RM 189 net sahaja
Kadar Sewa
*** Diskaun khas akan diberikan untuk pengunjung yang menginap akibat daripada masalah kematian ahli keluarga atau ahli keluarga yang sedang sakit tenat (Bukti rasmi diperlukan)***
**********************************
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi
ketika berada di
d’ZaRa Homestay
- Bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan semasa menginap disini. Pastikan pintu dan tingkap dikunci semasa anda tidur atau keluar.
- Penghuni diharap dapat memastikan semua suis termasuk kipas / lampu /aircond ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay.
- Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
- Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Bagi tujuan keselamatan merokok adalah di larang semasa anda berada di dalam bilik.
- Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan.
- Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda check-out