![]() |
Gambarajah Setelit Lokasi d'ZaRa Homestay |
Koordinat GPS: 2.721911,101.997904
d'ZaRa Homestay
Desajaya Villa
70400 Senawang,
Negeri Sembilan
d'ZaRa Homestay
Desajaya Villa
70400 Senawang,
Negeri Sembilan
*********************************************************************************
Arah laluan dari Tol Senawang (PLUS Highway)
Sekiranya anda keluar dari Tol
Senawang melalui lebuh raya PLUS, anda hanya perlu teruskan perjalanan anda ke
arah Bandar Senawang.
Anda akan melintasi kawasan
komersial utama di Bandar Senawang di mana terdapat semua kemudahan yang
diperlukan anda di situ. Teruskan perjalanan anda.
Anda akan melintasi sebuah
hospital swasta iaitu Senawang Specialist Centre di sebalah kanan anda diikuti
dengan Pasaraya Kipmart & stesen minyak Petronas, juga di sebelah kanan
anda.
Perlahankan kenderaan anda dan
bagi isyarat untuk ke kiri di persimpangan di hadapan, kurang dari 300 meter
selepas melepasi stesen minyak Petronas.
Pilih persimpangan ke dua sebelah
kanan anda untuk ke Desajaya Villa @ Taman Desajaya, Senawang untuk ke d’ZaRa
Homestay.
Arah laluan dari LEKAS
Bagi yang memilih perjalanan
untuk ke Senawang atau Seremban melalui lebuh raya LEKAS, anda hanya perlu
menuruskan perjalanan anda sehingga ke hujung lebuh raya berkenaan.
Di hujung laluan berkenaan, anda
akan berjumpa dengan satu persimpangan untuk menuju ke Senawang (arah hadapan),
Seremban (kanan) atau ke Kuala Pilah (arah kiri). Ketika ini, terdapat
kerja-kerja pembinaan ‘fly over’ dari LEKAS untuk terus ke Senawang.
Setibanya anda di persimpangan
tersebut, anda perlu membuat pusingan U dan memilih untuk ke arah Senawang
(naik ke arah Senawang).
Kurang dari 500 meter dari
persimpangan berkenaan, anda akan berjumpa dengan satu bahagian untuk anda
membuat pusingan U sekali lagi. Kemudian, kurang 300 meter, belok ke kiri.
Pilih persimpangan ke dua sebelah
kanan anda untuk ke Desajaya Villa @ Taman Desajaya, Senawang untuk ke d’ZaRa
Homestay.
Arah laluan dari Pusat Bandar Seremban (Tol Seremban - PLUS Highway)
Sekiranya anda memilih untuk
keluar dari persimpangan lebuh raya PLUS di susur keluar Seremban, anda hanya
perlu teruskan perjalanan anda ke Pusat Bandar Seremban.
Seterusnya, anda hanya perlu
meneruskan perjalanan anda ke arah Ampangan atau Kuala Pilah menerusi papan
tanda jalan yang ada di bahagian-bahagian persimpangan utama di kawasan Pusat
Bandar.
Anda akan melintasi kawasan
Ampangan seterusnya, di kiri anda terletaknya Stadium Paroi. Mana kala, di
hadapan kurang dari 2 kilometer dari stadium berkenaan, anda akan melihat
sebuah apartment di sebelah kanan anda.
Teruskan perjalanan sehingga anda
menjumpai kawasan pembinaan ‘fly over’ di hadapan. Buat pusingan U untuk ke
arah Senawang.
Kurang dari 500 meter dari
persimpangan berkenaan, anda akan berjumpa dengan satu bahagian untuk anda
membuat pusingan U sekali lagi. Kemudian, kurang 300 meter, belok ke kiri.
Pilih persimpangan ke dua sebelah
kanan anda untuk ke Desajaya Villa @ Taman Desajaya, Senawang untuk ke d’ZaRa
Homestay.
Sila hubungi no ini untuk sebarang bantuan - 013 2959688